UR NUMBER!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 1, 2009

true love..


Tentang cinta.. Cinta Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.Itulah Cinta.. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan,walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di hatimu itu selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus faham bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk mengatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah.Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut..ingatlah betapa cinta amat bermakna bg tiap insan!!

note; cinta tbahagi kpada 3.. ptama,cinta SYAITAN.. selalu melakukan maksiat kpada kdua2 pasangan dan b'cinta mngikut nafsu semata2,tidak iklas dari hati! Kdua,cinta JIN! mgunakan sihir atau cara-cara yang tidak diizinkan agama utk memiliki seseorang itu datang kepadanya.. dan yang paling penting terimalah cinta yang datng dari ALLAH!.. insyaallah.. kali ptama kmu mlihat matanya.. akan muncul stu prasaan.. dan yakinlah itulah cinta abadi.. :DD
p/s; so,anda yang mana ya?? hope yang num 3 oke?? hakhak

2 comments:

cikwie said...

mana copy n paste nieh kuikuikui

Pija! said...

ats 2 copy k..
yang bwh ni.. i wat tau
=DD

All Right Reserved © 2009.Designed by ohh PIJA for pija-saidin.blogspot.com